Selasa, 7 Februari 2012

UMNO KIMANIS MAHU 3 TRIO DIKEKALKAN: UMNO Bahagian Kimanis mahu ketiga-tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada parti itu di kawasan Parlimen Kimanis dikekalkan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Setiausaha Umno bahagian itu, Haji Salleh Abd Wahid, berkata Jawatankuasa Umno Bahagian itu mahu mereka dipilih semula untuk bertanding kerana masih diperlukan oleh parti dan rakyat di kawasan itu. Ketiga-tiga wakil rakyat itu, ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang juga Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Kimanis; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang dan Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis. Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat sempena lawatan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu ke Pejabat Umno Bahagian Kimanis di Bongawan, kelmarin. Md Isa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno merupakan ‘Bapa Angkat’ ke- pada Umno Bahagian Kimanis. Katanya, khidmat ketiga- tiga mereka sebagai wakil rakyat di kawasan itu masih diperlukan dan mereka perlu dikekal dan dipilih semula bertanding pada PRU ke-13. Dalam pada itu, beliau berkata, Umno Bahagian Kimanis mempunyai 262 ca- wangan yang berdaftar dengan jumlah ahli lebih 6,000 orang dan masih terdapat ramai ahli baru yang ingin mendaftar. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai hasrat Umno Kimanis itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, ianya merupakan satu sokongan padu yang cukup kuat daripada Umno bahagian itu terhadap ketiga-tiga wakil rakyat yang ada di kawasan itu. “Sungguhpun saya tidak dapat membuat keputusan mengenainya, tetapi saya akan menyampaikan hasrat bahagian ini (Kimanis) kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat itu. “Nampaknya perpaduan di bahagian ini tidak retak dalam memberikan sokongan kepada wakil rakyat yang sedia ada,” katanya. Ditanya mengenai laporan akhbar sebelum ini bahawa kononnya adanya ahli Umno di bahagian itu yang mahu Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman ditukar pada pilihan raya umum datang, Md Isa berkata, apa yang penting bukan sama ada anak tempatan atau tidak tetapi yang penting ialah sumbangan dan perkhidmatan yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat itu. “Kesannya dari segi perkhidmatan itu cukup penting jangan tengok dari segi anak tempatan atau bukan anak tempatan di kawasan itu. “Nampaknya dalam perjumpaan saya tadi dengan Umno Bahagian ini (Kimanis) mereka masih menyokong dan memerlukan perkhidmatan ketiga-tiga wakil rakyat mereka (Anifah, Karim dan Mohd Arifin) serta mendapat sokongan Jawatankuasa Umno Bahagian termasuk sayap parti, Wanita, Pemuda dan juga Puteri Umno Bahagian,” katanya. Written by Admin : Sabahkini Tuesday, 07 February 2012 15:02

Selasa, 24 Mei 2011

Membakut Mencari Identiti

Replika Buku Dekat Pekan Membakut










Para pengunjung yang melalui lebuh raya yang berhampiran dengan pekan membakut pasti akan tertarik dan akan beranggapan replika buku besar di bulatan tersebut adalah merupakan mercu tanda pekan membakut.
Sesuai ataupun tidak ia bukanlah menjadi persoalannya, yang penting usaha murni yang di ilhamkan oleh wakil rakyat tersebut hendaklah menjadi realiti. Namun ketika ini ianya belum lagi mencapai sasaran yang diharapkan. Jadi untuk mencapai tujuan tersebut, maka di masa hadapan diharapkan usaha yang lebih gigih dan bersepadu dari seluruh pemimpin dan lapisan masyarakat hendaklah digerakan. Bak kata pepatah orang tua, "Jan Biarkan Buku Atu Betagar". Wassalam..